Pelawat

counter

Monday, March 10, 2008

Sakit, kekurangan dan kekecewaan terusir untuk selamanya.

Sakit merupakan isyarat Alam, bahawa ada sesuatu yang tidak seimbang dalam diri anda. Ketidak harmonian tenaga dalam diri anda mula tergoyah. Betulkan ketidak seimbangan, maka penyakit anda akan hilang. Ini merupakan contoh yang mudah di fahami, tentang apa yang terjadi bila anda tidak seirama dengan medan energy Alam. Skarang mari kita maju satu langkah lagi :

Sebagai ganti sakit badan fizikal, perhatikanlah sakit mental.Ini merupakan jenis sakit yang akan hilang bila kondisinya di perbetulkan. Sakit mental dapat datang dari bermacam-macam punca, misalnya kekurangan Rm dapat mendatangkan berbagai macam derita, cemas dan godaan. Kekurangan kemajuan hidup dapat mendatangkan kekecewaan, marah, sedih, iri hati dan emosi perosak lainya. Semua ini akan menimbulkan kesakitan yang hebat dalam batin sehingga ianya tercermin pada tubuh fizikal. Maka anda akan mendapatkan penyakit yang bermula daripada masaalah dalaman yang tidak seimbang.

Perhatikanlah wajah orang - orang yang cemas raut muka dan kegelisahan ternampak dengan nyata. Bagi anda yang sudah berpengalaman dalam merawat seseorang, perhatikanlah setiap pengidap tumur yang ganas mesti ada kaitan dengan kehidupan kerohanian seseorang. Sebenarnya terdapat bermacam-macam penyakit yang berkaitan dengan kehidupan rohani seseorang. Banyak Doktor berpandapat inilah masaalah yang di hadapi oleh setiap pesakit mereka. Jadi jelaslah sekarang bahawa sakit merupakan petanda penderita tidak menggunakan energy alam secara wajar. Kesimpulan yang mengembirakan akhirnya menjaro perolehi, setelah bertahun-tahun memperhatikan masaalah ini, iaitu untuk mencapai keserasian dengan energy alam ternyata tidak sulit. Ini dapat di kerjakan dengan mudah dan cepat.

Hanya dengan membengkokkan jari secara harfiah (yakni dengan menghalang energy itu terbebas kepada sumbernya) anda akan mengarahkan energy menggalir ke arah yang benar sehingga sakit itu berlalu. Setelah sakit itu berlalu anda akan menjadi lebih tenang, lebih progresif dan lebih harmoni dalam segala tingkat menuju kebahagian dan kesukaan lahir dan batin. Katakanlah ucapan selamat tinggal kepada sakit, penderitaan dan kekecewaan. Sambutlah kedamaian, pemenuhan hidup dan kesihatan dengan menerapkan Accupinelogy.

Memesan ebook Akupinalogi