Pelawat

counter

Tuesday, March 11, 2008

Kunci Akupinologi 6

Konsep Bulan Khusus untuk melakukan perjalanan Astral
Medan energi iso-bionic mempunyai sifat menarik yang dapat anda gunakan untuk mengalami “sesuatu yang jauh”. Selain untuk mempengaruhi hal-hal di sekeliling anda nampak mahupun abstrak , garis daya ini mempunyai kemampuan untuk membawa kecerdasan anda,kesedaran anda, pemikiran, penglihatan, pengalaman anda (ke setiap tempat yang anda bayangkan)

Perjalanan Astral
Bila anda mengetahui sedikit tentang perjalanan astral yang juga dikenali sebagai pengalaman di luar badan, maka kata-kata diatas jelas bagi anda. Dengan merangsang garis daya yang tepat perjalanan astral menjadi proses yang automatik bagi anda.

Apakah sebenarnya perjalanan astral ini? Setakat ini belum ada keterangan atau gambaran yang tepat mengenainya. Anda hendaklah mengalaminya sendiri, barulah anda akan mengetahui apakah yang terjadi sebenarnya apabila melakukan perjalanan astral. Anda akan mengetahui dengan keyakinan sendiri, yang mana lebih jelas daripada keterangan lisan atau bertulis.

Perjalanan astral anda sebenarnya dimulai dan berakhir di bangku kerusi atau tempat tidur. Anda duduk atau terlentang seenaknya dan menutup mata. Orang lain akan menyangkakan anda sedang tidur nyeyak, tetapi sebenarnya dalam kepala anda terkembang pemandangan yang sangat berlainan. Ketika anda melakukan perjalanan astral, anda akan merasakan diri anda berjalan atau mengembang menjauhi badan.


Pada ketika ini, degupan jantung, pernafasanKesedaran anda dan semua factor yang membuatkan badan fisik dapat bergerak dan terus hidup, seperti anda sedang tidur. Kesedaran anda mengenai dunia itulah perbezaanya. Anda akan berada diruang yang sangat berbeza. Menggunakan teknik rangsangan garis daya iso-bionic,anda akan dapat pergi kemana anda mahu dalam sekelip mata. Semua pancaindera anda akan pergi bersama-sama anda. Anda akan dapat melihat, mendengar, menghidu, merasakan suasana disekeliling anda berada.

Dalam perjalan astral ini juga, seluruh alam semesta ini akan dapat anda jelajahi. Anda mungkin akan bertemu dengan orang lain yang juga sedang melakukan perjalan astral. Ketika itu anda dapat berkomunikasi atau berbincang dengan orang-orang tersebut. Tahap perjalanan astral merupakan pintu ke tahap yang lebih mengkagumkan dan sulit untuk digambarkan/dibayangkan. Anda akan mengetahui sendiri apabila anda berjaya melakukan perjalanan astral nanti

Manfaat perjalan Astral

Apabila anda melakukan perjalanan astral, tubuh fisik anda akan ditinggalkan ( tidur nyeyak) tetapi yang sebenarnya dengan penuh kesedaran dan dalam keadaan berjaga anda dapat pergi ke tempat-tempat yang anda kehendaki. Semasa melakukan perjalanan astral, akan akan berada jauh daripada badan fisik untuk sementara dan apabila badan memerlukan sesuatu ketika “pergi” anda akan masuk kembali ke dalam badan dengan secepat kilat dan meninggalkan perjalanan astral anda tadi.


Sebaiknya sebelum melakukan perjalanan astral, carilah tempat yang selesa, tenang/sunyi, yang mana tidak akan menganggu proses perjalanan astral anda.Untuk melakukan latihan perjalanan astral ini biarlah perlahan-lahan langkah demi langkah.

Perjalanan astral sebenarnya telah kerap kali anda alami tanpa anda sedari seperti mimpi.Perbezaanya Cuma didalam mimpi anda tidak dapat mengawal perjalanan astral anda sedangkan dalam perjalanan astral yang sebenarnya anda dapat mengawalnya seperti kemana anda hendak pergi dan apa yang anda hendak ada lakukan. Selain itu dalam perjalanan astral anda akan mengigati segala pengalaman yang anda tempuhi apabila kembali, tetapi tidak didalam mimpi yang mana seringkali kita terlupa perkara yang kita tempuhi.

Teknik bulan ini, akan menjamin anda akan mengigat kembali semua factor dan suasana dengan jelas apa kembali kedalam badan fisik. Dalam perjalanan astral, perjalanan waktunya sama dengan dunia nyata. Ada juga yang mengatakan waktu sewaktu melakukan perjalanan astral adalah lebih cepat berbanding dengan waktu sebenarnya di dunia nyata. Ianya sebenarnya bergantung kepada tahap perjalanan astral itu sendiri. Bak kata pepatah lama “orang harus belajar berjalan sebelum boleh berlari” ianya sesuai dengan suasana perjalanan astral.

Pada peringkat permulaan anda hendaklah melakukan perjalanan astral sekitar kawasan anda berada,kemudian makin lama makin jauh jaraknya.Untuk melakukan perjalanan astral carikan tempat yang selesa dan tenang. Keadaan duduk atau berbaring yang mana lebih selesa bagi anda. Tempatkan bukit bulan tangan kiri anda bersentuhan dengan focus umbilical. Tempatkan bukit bulan kanan anda diatas focus pectoral. Lakukan pernafasan panjang dalam keadaan relaks/santai sebanyak 5 kali dan biarkan diri anda tenggelam di dalam ketenangan. Biarkan semuanya terjadi dengan sendirinya. Hanyutkan diri anda bersama gelombang kedamaian sama seperti anda mahu tidur. Jangan sesekali memaksa berlakunya perubahan dengan terlalu memberi penumpuan.

Suatu saat dalam proses penghayutan, anda akan menyedari bahawa anda berhasil, anda akan terlepas dari badan fisik. Dalam keadaan ini,cubalah melakukan perjalanan ke suatu tempat yang anda ingin.

Buatlah perjalanan astral ini dengan singkat walaupun bertapa asyiknya anda. Kembalilah semula kedalam badan fisik dengan hanya berniat untuk kembali. Dengan pantas anda akan kembali semula kedalam badan fisik. Bukalah mata anda dan ingatkan kembali kemana anda telah pergi. Lakukan proses ini berulang kali dikesempatan yang ada. Berlatih lagi dengan gigih untuk mendapatkan hasil yang baik.

Tajuk lain akan di kupas dalam e Book

Menggunakan kesedaran angkasa untuk berkomunikasi dengan makluk mistik

Tuntutan Mimpi dan Sentuhan Batin

Tuntutan Mimpi ( Dreaming Guiding)

Sentuhan Batin ( mind Touching)

Pertahan Bulan dapat melindungi anda dari campur tangan batin