Pelawat

counter

Monday, March 10, 2008

Puncak Kejayaan

NAIKLAH KEPUNCAK KEJAYAAN MENGGUNAKAN ACCUPINELOGY

Bila saya mengatakan bahawa tingkat yang dapat anda capai berkat ihtiar Accupinelogy, hanya terbatas oleh imajenasi atau hayalan anda, maka kelirulah saya. Setiap waktu saya mendengar dari peserta yang berhasil,setelah menerapkan Accupinelogy yang mengatakan bahawa” hasil ihtiar Accupinelogy adalah jauh lebih baik daripada yang saya bayangkan”.

Pada tahap sekarang , dalam hidup ini mungkin anda mempunyai gambaran mental mengenai kehidupan yang anda impikan. Saya tafsir bahawa anda bercita-cita terlalu rendah. Mungkin kerana hidup telah mengajarkan kepada anda apa yang di sebut oleh orang berolok-olak sebagai “ kebenaran “ mereka mengatakan “ terberkahilah mereka yang tidak mengharapkan apa-apa kerana tidak mungkin mereka di kecewakan” Ini merupakan fikiran yang kejam dan merosakan diri.

Anda berhak menjadi lebih baik dari sekarang tetapi biarpun anda bercita-citakan hal yang lebih baik, pengalaman mungkin memaksakan dan berpesan kepada anda supaya tidak mengharapkan terlalu banyak. Dengan cara itu anda tidak akan terlalu kecewa bila impian yang menyenangkan menjadi hancur.Bila beginilah pandangan anda, bererti Accupinelogy sangat anda perlukan dengan cara apa pun, siapkanlah sebuah program kebaikan diri dan biarkan energy batin Accupinelogy membawa anda ke cita-cita agung.

Saya tahu dengan pasti: bila anda mahu menyediakan 10 min setiap hari, maka dengan ihtiar Accupinelogy anda akan mencapai cita-cita yang tertinggi. Keinginan anda untuk memperolehi kedamaian. Atap, di atas kepala,wang tabungan , serta isteri / suami yang baik, dapat anda capai berkat ihtiar Accupinelogy. Kepastian lainnya ialah, bahawa penerapan Accupinelogy secara teratur akan mengubah kehidupan anda menuju kebaikan. Tetapkanlah apa yang ingin anda capai dalam waktu satu tahun. Tulislah cita-cita itu pada secarik kertas dan selitkan kertas itu pada hadapan cermin pribadi anda. Selanjut nya terapkan Accupinelogy secara teratur setiap hari, maka anda akan melihat hasil ihtiar Accupinelogy yang mengembirakan.