Pelawat

counter

Monday, March 10, 2008

Kunci Akupinalogi 2

Langkah kita selanjutnya sangat serupa dengan beberapa teknik penyembuhan orang Tiong Hua yang di sebut seni penyembuhan Akupuntur. Tetapi saya tidak akan menyuruh anda menusuk kan jarum kedalam daging, seperti yang dilakukan oleh ahli perubatan cina untuk merawat pesakit. Akupuntur sama seperti Accupinelogy adalah berdasarkan energy yang tidak kelihatan.Ahli Akupuntur mengenali tenaga hayat yang berada dalam badan sejak di lahirkan dan mereka menamakan energy itu Chi.

Mereka melihat energy itu mengalir pada pola khusus dan bercantum mengelilingi badan manusia melalui saluran energy yang di kenali sebagai meridian. Meridian ini terdapat di permukaan kulit sebagai garis daya yang menghubungkan titik-titik Akupuntur, tempat di mana jarum di tusuk oleh tabib cina.

Ada Doktor yang berjaya membuktikan bahawa titik Akupuntur dapat di temukan dengan mengusapkan Stethoskop pada kulit, sedangkan ada Doktor lainya dapat mengukur perbezaan suhu pada titik-titik ini. Aliran Chi sesuai dengan daya kehidupan yang di kenali oleh Doktor, sebagai daya yang meresapi seluruh alam semesta.Bila seorang pesakit menghidapi penyakit, para Doktor mengetahui bahawa Chi orang itu tidak lancar. Mereka menentukan meridian mana yang tidak seimbang, maka dengan menusukan jarum di titik-titik sepanjang meridian tersebut, Chi menjadi seimbang dan pesakit akan mengalami kesembuhan atau keseimbangan.

Tajuk yang akan kami kupas bila anda memesan Ebook Akupinalogi ini

ISO-BIONIC PADA TINGKAT TIGA KEHIDUPAN
HUBUNGAN PLANET DENGAN ISO - BIONIC
MERAIH KEBERUNTUNGAN ISO-BIONIC
PROSES MENGAKTIFKAN SUPAYA ENERGY ISO – BIONIC MENGALIR
APA YANG TERJADI BILA ANDA MEMBUAT KONTAK PLANET


Energy pengubah hidup yang bebas dapat menjadi pegangan anda seterusnya. Sekiranya anda berada di dalam lingkunganya. Hal-hal yang baik dalam hidup akan menemui anda. Hanya dengan iktiar Accupinelogy yang sederhana. Bila saat ini tidak begitu mujur seperti yang anda inginkan, maka pasti menderita, kelemahan, hambatan atau kekusutan dalam garis daya Iso- Bionic. Dengan menggunakan proses pengaktifan yang telah kami huraikan sebelum ini dan selanjutnya anda menbuat kontak fizikal dengan tangan, anda akan memberikan jalan yang lancar kepada garis daya untuk mengalir. Medan energy anda yang tepat akan bertindak, maka sang nasib baik akan menyajikan apa yang anda perlukan.

Saya selalu menonjolkan bahawa Accupinelogy merupakan ilmu pengetahuan, tanpa di sertai mistik atau hal ghaib. Saya mengakui kita menggunakan beberapa simbul rahsia dan gambaran berguna dari seni kuno tentang Astrology / falaq dan Palmistri kerana keilmuan tersebut dapat menjelaskan persoalan. Tetapi saya tidak menghendaki supaya anda memperolehi gambaran, bahawa kita mengerjakan hal yang bersifat sihir dan menakutkan, atau membuat perjanjian dengan malaikat.